1 min read
BLOOD BROTHERS: BARA NAGA
KARYA TERBAIK SKOP PRODUCTIONS!

Di sebalik kemeriahan Aidilfitri, Skop Productions dengan kerjasamaPrimeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi, dengan bangganya mempersembahkan BloodBrothers: Bara Naga, sebuah filem aksi mendebarkan yang bakal menemui penonton di pawagamseluruh Malaysia mulai 10 April 2025. Dengan aura gelap dunia mafia yang jarang diterokai dalam industriUNTUK SIARAN SEGERAperfileman tempatan, tayangan perdananya di IOI City Mall, Putrajaya, hari ini memberi gambaran pertamatentang kisah penuh intensiti, ketegangan, dan konflik yang bakal menggegarkan layar perak!Aksi menyengat, jenayah penuh muslihat, dan drama yang mencengkam, Blood Brothers: Bara Nagabukan sekadar filem, tetapi sebuah pengalaman sinematik yang bakal mengagumkan para penonton! Dibawah arahan dua nama besar, Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, setiap adegan menjanjikan


 kepuasanmaksimum, diperkuat dengan visual memukau serta sinematografi yang terbaik. Membariskanpelakon-pelakon berkarisma, filem ini dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Shukri Yahaya, AmeliaHenderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Wan Hanafi Su, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, danramai lagi. Setiap satunya membawa aura tersendiri, bersedia untuk mengunci perhatian penonton dariawal hingga akhir dengan intensiti lakonan yang luar biasa!Dulu Ditindas, Sekarang Di Atas!Blood Brothers: Bara Naga menyematkan tema kepercayaan, pengorbanan, dan nilai persaudaraandalam dunia yang sarat dengan tipu daya. Ia mengikuti perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), yang direkrut olehGhaz (Sharnaaz Ahmad) untuk berkhidmat di bawah naungan Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahliperniagaan

 berpengaruh yang juga merangkap sebagai ketua Mafia Naga. Sejak itu, Ariff mengangkatbai’ah setia sebagai pengawal peribadi elit dalam syarikat kawalan keselamatan dipanggil Silent Guard,sekali gus terikat sebagai Blood Brother kepada Ghaz.Namun, ketika sebuah pengkhianatan dahsyat menggoncang dunia mereka, Ariff tiba-tiba dituduh sebagaipembelot dan dijadikan suspek utama. Dalam keadaan terdesak untuk membersihkan namanya, Ariffterpaksa melarikan diri dan mendapatkan bantuan daripada abang kandungnya yang sudah lama terpisah,Jaki (Syazwan Zulkifly). Sementara itu, Ghaz diamanatkan untuk memburu dan menangkap Ariff lantasmenyerahkannya kepada pengadilan keluarga Naga yang dahagakan balas dendam.Mampukah Ariff membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah dan mendapatkan kembali

 kepercayaanGhaz? Atau adakah nasibnya berakhir dengan kematian di tangan Blood Brother yang dianggap sepertiabang kandungnya sendiri?UNTUK SIARAN SEGERABercakap pada sidang media pada malam tayangan perdana Blood Brothers: Bara Naga, Syafiq Yusofselaku pengarah filem ini berkata, “Dua tahun penuh dedikasi telah kami curahkan untuk menghasilkanBlood Brothers: Bara Naga. Setiap peringkat, bermula daripada perancangan, penulisan, penggambaran,hingga pascaproduksi, menyaksikan usaha gigih daripada seluruh kru dan pelakon. Saya yakin filem iniakan membuka lembaran baru dalam industri filem negara dan memberi inspirasi kepada karyawan lainuntuk menghasilkan karya yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.”Pengarah bersama, Abhilash Chandra, pula berkongsi, “Bekerja dengan Syafiq Yusof untuk BloodBrothers: Bara Naga memang satu perjalanan kreatif yang luar biasa. Kerjasama ini beri kami peluanguntuk teroka idea baru dan cipta satu cerita yang berkesan dan kuat. Setiap babak ada impak dan

 tujuantersendiri, dan saya yakin penonton dapat rasa terhubung dengan jalan cerita yang kami bawakan ni.”Tayangan Perdana Blood Brothers: Bara Naga ini diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi, YangBerhormat Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil. Turut hadir ialah YBhg. Datuk Dr. Yusof Haslam,Pengasas Skop Productions, Datuk Hans Isaac, Pengerusi FINAS, Puan Nini Yusof, Ketua PegawaiEksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima & Primeworks Studios, dan ramai lagi.Malam tayangan perdana filem ini turut menyaksikan persembahan OST yang bertenaga oleh AzlanTypewriter dan Muzza, bertajuk Bara Jiwa. Dimulai dengan petikan gitar yang menghanyutkan, liriknyamenekankan persaudaraan, kesatuan, dan janji untuk terus berdiri walaupun menghadapi dugaan.Metafora Bara Naga yang digunakan malah menggambarkan api semangat yang berkobar dalam jiwa,mengajak pendengar merasai semangat perjuangan yang menyimpan kisah yang bernilai.Siapakah yang akan terus bertahan hingga akhir?Apabila pertarungan melibatkan darah sendiri, siapakah yang akan terus bertahan? Bersiap sedialah

 untuk menyaksikan Blood Brothers: Bara Naga, sebuah filem yang menyingkap erti sebenar persaudaraanmelangkaui batas darah, di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 April 2025 in