Tanggal 3hb Ogos, 2024 terpatrinya satu sejarah manis bila mana konsert sulong ByAjai & Mega Friends, berjaya dipentaskan di panggung Arena Megastar Kuala Lumpur. Konsert ini telah meninggalkan satu kenangan yang sangat manis pada sang Maestro Ajai. Dipenuhi dengan hampir 4,200 peminat yang datang daripada segenap lapisan dan negeri termasuklah peminat-peminat yang sanggup terbang daripada Borneo, Brunei dan Singapura sendiri.
Konsert ini juga telah meletakkan satu kepuasan yang sudah dimiliki oleh Ajai yang begitu mengidamkan memanggungkan konsert solonya sepanjang Ajai berkarier dalam bidang seni tanah air. Setelah usai konsert di Kuala Lumpur, Ajai menerima beberapa lamaran untuk terbang ke Kota Singa bagi merealisasikan satu lagi Impian. Membawa konsert ByAjai & Mega Friends ke kota Metropolitan Singapura. Peluang ini, tidak dipersiakan oleh Ajai dan setelah berbincang dengan lanjut dan teliti, lamaran tersebut Ajai terima dan kali ini pihak Wake The Baby Records (WTBR) akan bekerjasama dengan beberapa pihak utama, tunjang konsert ini,
aitu AA Power serta disokong oleh beberapa entiti di Singapura yang sudah matang dengan fenomena konsert di negara tersebut ; Sound Innovations SG, Eventify Asia dan VBC. Ajai dan WTBR sangat berbesar hati dan berterima kasih atas sokongan padu yang telah diberikan oleh kesemua pihak ini. Melihat barisan artis untuk diterbangkan ke Kota Singa kali ini, ada dua nama baharu yang terlihat di poster konsert. Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip dan Hazama masih setia bergandingan, turut serta bakal menggamatkan lagi pentas The Star Theatre Singapura. Dua nama lagi yang disunting oleh Ajai kali ini ialah Asmidar. Si empunya suara gemersik ini, yang telah mempopularkan lagu debutnya iaitu ‘Biar Mimpi Sampai Ke Bintang’ ciptaan Ajai, dipilih untuk menjadi tetamu ‘Mega Friends’ yang ke lima. Ini adalah kerana, selepas konsert di Kuala Lumpur, nama dan lagu hits penyanyi ini sering muncul di ruangan komen daripada peminat-peminat muzik tempatan.
Bagi memenuhi kemahuan peminat, Ajai lalu merisik Asmidar untuk dibawa ke Singapura. Kalau di Arena Megastar Kuala Lumpur, peminat dihidangkan dengan penyanyi jemputan yang telah sekian lama menghilang iaitu Illa Sabry, kali ini untuk peminat-peminat di Singapura, konsert ini bakal membawakan satu figura yang kecil molek, tapi mempunyai azam, semangat dan bakat terpendam yang tinggi. ‘Kalau dikenang waktu saya amula-mula audition Siti Sarah, di tahun 2001, macam bermain semula di kotak fikiran ini apabila saya dapat bertemu dengan anak arwah dan Shuib ini. Thalita nama yang sedap didengar. Anak ini sangat senang dibawa berbicara. Walau masih diusia semuda ini, Thalita menunjukkan minat yang mendalam ingin berkecimpung dalam industri muzik. Dan adik Thalita juga dapat sokongan yang penuh daripada bapanya Shuib. Itu juga satu dorongan yang baik selain fokus kepada pelajaran, Thalita dah tahu cabang minatnya, iaitu menyanyi.” ujar Ajai “Semoga Allah memberikan adik Thalita dan Shuib rezeki untuk menjadi satu nama yang besar dan mungkin standing dengan nama ibunya suatu hari nanti. Saya sebagai insan yang berdiri di belakang mereka sangat terharu kerana diberikan kepercayaan ini.
Kalau dahulunya, Siti Sarah sangat dekat dengan muzik-muzik saya, kini Allah hadirkan anaknya pula. Inilah rezeki yang tak pernah kita duga.” sambung Ajai lagi. Maka Thalita bakal menjadi si cilik Junior Mega Friends yang akan turut bersama dibawa ke Pentas konsert ByAjai & Mega Friends di Singapura. Ajai dan AA Power juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah menyatakan sokongan mereka selaku penaja sampingan bagi konsert ini. Terima kasih kepada pihak saudara Stanley daripada Sound Innovations SG, pihak Eventify Asia dan juga VBC selaku ‘Supporting Partners’ daripada Singapura.Beberapa penaja bersama seperti pihak Darmina Revolution untuk tajaan pakej umrah ‘full on-board’ bagi seorang sebagai hadiah utama peraduan MOM iLUVu yanga bakal dilancarkan, Azha Lina Travel & Tours atas kerjasama selaku ‘official Land Transport’ dan Hotel St. Giles Boulevard untuk acara sesi bersama media.
Tidak dilupakan juga terima kasih kepada pihak Sistic.com.sg selaku ‘official Ticketing Partner’ dan The Star Theatre SG. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada pihak media Podcast rasmi di Singapura iaitu ‘Heykorangz’. Nantikan berita-berita ekslusif dan terkini mengenai konsert ini di saluran podcast mereka. Seribu penghargaan juga kepada rakan-rakan media di Malaysia dan para peminat, kerana tidak pernah lelah memberikan sokongan. Tanpa berita yang anda semua war-warkan daripada konsert di Kuala Lumpur, maka tercetuslah juga fenomena untuk konsert ini dibawa ke kota Singapura.
Teruslah menyokong industri muzik kita. Konsert ByAjai & Mega Friends SG bakal berlangsung pada Sabtu, 10hb Mei, 2025 di The Star Theatre Singapura, dibawakan khas oleh AA Power dan Wake The Baby Records Sdn Bhd. Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara online di www.Sistic.com.sgSepenuhnya akan dibuka bagi zone di Stalls dan Circle 1. Layari laman sesawang Sistic.com untuk informasi yang lebih lanjut. Untuk pertanyaan :Liza 012.3728819 / Iliana 016.5578785 TRIVIA KONSERT BYAJAI & MEGA FRIENDS di Singapura.• Mohd Faizal bin Maas @ Ajai dilahirkan di Johor Bharu pada 15 Mac, 1975.• Memulakan karier seninya pada tahun 1989, sewaktu berusia 14 tahun.• “Mega Friend” merupakan definasi Ajai kepada barisan penyanyi undangan yang bakal beraksi di pentas Konsert ByAjai yang julung kalinya akan dipentaskan di Singapura.• Enam penyanyi ditampilkan yang dikenali di tahun-tahun yang berbeza dengan lagu-lagu hit mereka masing-masing. Dua nama terkini yang disenaraikan selain Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hafiz Suip dan Hazama adalah Asmidar dan adik Thalita.• Ajai bakal membawakan versi komposer untuk lagu-lagu hit yang diciptakan• Semua lagu yang bakal didendangkan juga merupakan lagu-lagu MEGA, yang pernah beliau ciptakan. Memenangai pelbagai anugerah dan sebagainya.• Konsert ini bakal menampilkan Sharon Paul (pengarah muzik) dan 14 lagi pemuzik tempatan.• 16 pembeli bertuah yang dilabelkan dengan #Lucky16 untuk tiket kategori Special Super Mega. 16 pembeli/peminat bertuah ini bakal disajikan dengan ‘special treatment package’ : makan malam secara ekslusif dengan semua Mega Stars, Royal Box seats, ‘fast lane meet & greet’ selepas konsert dan merchandise istimewa konsert.• Tiket-tiket ‘Meet & Greet’ sangat terhad. Kategori ini dilabel ‘Mega Friends’. Pemegang tiket-tiket ini bakal duduk di kerusi VIP di level Stalls, berjumpa secara ekslusif dengan semua Mega Friends dan Ajai selepas konsert di satu sesi ‘intimate’. Tidak ketinggalan ‘official merchandise’ menanti anda.• ‘Exclusive Merchandise’ juga bakal dibuka untuk jualan ‘pre-order’. Untuk keterangan lanjut sila lawati IG @wtbrecords.official @byajai • Peminat-peminat yang telah membeli tiket-tiket konsert juga berpeluang menyertai peraduan Istimewa ‘MOM iLUVu’. Caranya sangat mudah. Hantar penyertaan video pendek anda mengenai IBU anda yang tersayang. Penyertaan paling kreatif bakal membawa pulang hadiah utama, perjalanan umrah untuk seorang ‘full on board’ tajaan Darmina Revolutions. Syarat-syart pernyertaan, layari IG @wtbrecords.official @byajai• Tiket-tiket dibeli secara online di Sistic.com.sg bermula Dec. 2024 BYAJAI - ACHIEVEMENTS▪ MOST POPULAR SONG RMKL/RADIO MUZIK – ‘SEANDAINYA MASIH ADA CINTA’ – 2002▪ MOST POPULAR SINGER (MALE) ANUEGARH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN – 2002 ▪ MOST POPULAR COUPLE ABP – 2002 ▪ WINNER FOR JUARA LAGU TV3 (SINGER CATEGORY) – 2003 ▪ BEST ALBUM IN MALAYSIA MUSIC AWARD (AIM) – ALBUM SITI SARAH – 2003 ▪ TOP 5 NOMINATION FOR BEST SONG – ‘KESETIAAN’ SANG BY SITI SARAH - 2003▪ TOP 5 NOMINATION FOR DUET COUPLE IN AIM – 2003▪ TOP 5 NOMINATION FOR MOST POPULAR SINGER IN APM– 2004▪ TOP 5 NOMINATION FOR BEST ALBUM IN APM – ‘NING BAIZURA’ – 2004▪ TOP 5 NOMINATION FOR BEST SONG IN APM – ‘SELAGI ADA CINTA’ SANB BY NING BAIZURA – 2004 ▪ BEST SONG IN AIM – ‘SELAGI ADA CINTA’ SANG BY NING BAIZURA – 2004▪ BEST POP ALBUM IN AIM – ALBUM SITI NURHALIZA E.M.A.S – 2004▪ BEST ALBUM IN ALL CATEGORY IN AIM 2004 – ALBUM SITI NURHALIZA E.M.A.S - 2004▪ WINNER HITS 1 RTM – ‘PULANGKAN’ SANG BY MISHA OMAR – 2005▪ MUSIC INSTRUCTOR IN AKADEMI FANTASI SEASON 4 – 2006▪ WINNING SONG FOR AKADEMI FANTASIA SEASON 5 ‘PERSIS MUTIARA’ SANG BY MILA - 2007▪ PERMANENT JURY/CRITICS FOR AKADEMI FANTASIA SEASON 6 – 2008▪ FINALIST FOR JUARA LAGU TV3 FOR SONG – ‘DOA DALAM LAGU’ SANG BY MAWI & HELIZA – 2007▪ PERMANENT JURY FOR GANGSTARZ TV3 – 2008▪ BEST SONG IN POP SONG FESTIVAL IN VARNA BULGARIA – ‘ILHAM DI MATA’ SANG BY MILA - 2008▪ 1ST RUNNER UP IN MENTOR TV3 – 2009▪ TOP 5 NOMINATION IN AIM 2009 – BEST DUET VOCAL FOR SONG ‘SAYANG’ (duet w/MARSHA)▪ TOP 5 NOMINATION IN AIM 2009 – BEST POP ALBUM – ALBUM ALYAH▪ TOP 5 AIM NOMINATION IN AIM – BEST SONG ‘SAMPAI DI SINI’ SANG BY MISHA OMAR▪ TOP 30 MUZIK MUZIK 2009 – SONGS ‘TAK MUNGKIN KERANA SAYANG’ & ‘KU PINJAM SATU BINTANG’▪ FINALIST FOR JUARA LAGU TV3 FOR SONG – ‘ TAK MUNGKIN KERANA SAYANG’ SANG BY ALYAH – 2009▪ 3RD PLACE – ANUGERAH JUARA LAGU 2010 – ‘NOKTAH CINTA’ SANG BY HAFIZ AF▪ BEST NEW FEMALE PERFORMER BY SONG ‘SELAMILAH CINTA’ SANG BY AMANDA IMANI IN ANUGERAH PLANET MUZIK S’PORE▪ 3RD PLACE – ANUGERAH JUARA LAGU 2012 – ‘KU AKUI’ SANG BY HAFIZ AF▪ MUSIC & VOCAL CONSULTANT FOR PROGRAM ‘VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA’ TV3 – 2011 & 2012▪ 2ND PLACE FOR ORIGINAL SONG ‘SELAMILAH CINTA’ BY AMANDA IMANI IN INTERNATIONAL POP MUSIC FESTIVAL DISCOVERY, VARNA BULGARIA - 2012▪ PERMANENT JUDGE FOR REALITY PROGRAM ‘BINTANG MENCARI BINTANG’ TV3 – SEASON 1 & 2▪ BEST SOUNDTRACK SONG ‘BEGINILAH CARANYA’ SANG BY SHAHIEZY SAM & YANA SAMSUDDIN IN ANUGERAH BLOCKBUSTER 2013▪ BEST ALBUM FOR ALBUM HAFIZ ‘LUAHAN HATI ANAK SENI’ IN AIM 2013▪ NOMINATION TOP 5 AIM 2013 FOR SONG SEGALANYA TENTANG KITA FOR CATEGORY BEST MALAY SONG PERFORMED BY A FOREIGN ARTISTE▪ FINALIST FOR ANUGERAH JUARA LAGU 2014 FOR SONG ‘MATAHARI’ SANG BY HAFIZ▪ FINALIST FOR ANUGERAH JUARA LAGU 2016 FOR SONGS ‘DI AMARAN MAMA’ BY HAZAMA & ‘TERIMAKU SEADANYA’ BY HAFIZ & MISHA▪ CHAMPION TEAM #JUARABALADA FOR 3 JUARA REALITY PROGRAM TV3 – JAN. 2017▪ FINALIST FOR AJL 32 – FOR SONG ‘SEPARUH MATI KU BERCINTA’ by DAYANG NURFAIZAH & ‘AKHIRNYA CINTA’ by SALMA – 2018▪ TOP 5 BEST SONG IN ANUGERAH PLANET MUZIK SINGAPORE FOR SONG ‘SEPARUH MATI KU BERCINTA’ by DAYANG NURFAIZAH – 2018▪ BEST ENGLISH SONG FOR AIM 2022 – SINGER SOPHIA ZUHRI (SONG PRODUCER BY AJAI)▪ EXISTS CONCERT IN DEWAN FILHARMONIK ORKESTRA (listed in DFP 2023 calendar) – June 2023▪ EXISTS CONCERT IN KUCHING SARAWAK UNDER MENARA NETWORK – DEC 2023▪ EXISTS ORCHESTRA CONCERT IN MEGASTAR ARENA KUALA LUMPUR – DEC 2023▪ EXISTS UNPLUGGED CONCERT IN STAR THEATRE SINGAPORE – 24 FEB. 2024 FunFact:Ajai has been listed the no. 2 composer in the list, to receive 7 awards of Anugerah Juara Lagu throughout his journey in music!