1 min read
DATUK AMY SEARCH BAKAL GEGARKAN AXIATA ARENA DENGAN KONSERT SOLO PERTAMA PADA APRIL NANTI

Penyanyi rock legenda tanah air, Datuk Amy Search, bakal mengukirsejarah baharu dalam kariernya apabila bakal menjayakan konsert solo pertama di AxiataArena, Bukit Jalil pada 26 April depan.Konsert yang diberi nama Amy Search Magic Konsert Solo Pertama ini dijangka menjadisalah satu detik paling penting dalam perjalanan seni Datuk Amy yang telah berkelana selama lebihempat dekad dalam industri muzik.


Selepas 44 tahun mencipta fenomena bersama kumpulan Search, Datuk Amy kini bersedia untukmenonjolkan sisi berbeza dan langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk mempersembahkan kehebatannya secara lebih mendalam dan intim kepada peminat.Dengan pengalaman yang luas dan bakat yang tiada tandingan, konsert yang dibawakan secaraeksklusif oleh TheWhiteGroup dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia ini dijangkamenjadi satu persembahan epik yang akan terus dikenang oleh peminat.Bagi Datuk Amy, konsert yang bertemakan ‘Magic’ ini bukan sahaja simbol pencapaian peribadi,tetapi juga penghormatan kepada semua peminat yang menyokong perjalanan seninya sejakawal

."Setiap lagu yang akan saya nyanyikan nanti adalah cerminan daripada warna kehidupan saya.Setiap nota dan lirik membawa kisah yang berbeza, melambangkan suka duka yang saya laluidalam industri ini. Saya berharap konsert ini akan memberi ruang kepada peminat untukmerasai segala perasaan yang saya alami sepanjang perjalanan ini."Melalui konsert solo ini, saya ingin mempersembahkan bukan sahaja muzik, tetapi juga jiwasaya. Lagu-lagu yang akan saya bawakan adalah bukan sekadar hits, tetapi juga pengalamanhidup yang telah membentuk siapa saya hari ini. Peminat akan dapat melihat sisi peribadi sayayang jarang mereka ketahui."Saya percaya konsert ini akan menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan, 


kerana ia akandipenuhi dengan warna kehidupan saya yang penuh dengan pelbagai emosi. Dengan tema'magic', saya berharap peminat akan merasakan betapa istimewanya perjalanan ini, yang telahmemberi saya segala kejayaan yang saya nikmati hari ini,"katanya.Konsert solo ini turut mendapat sokongan penuh daripada anggota Search lain, iaitu Nasir,Hillary, dan Man Kidal. Sokongan ini menegaskan hubungan antara Datuk Amy dan kumpulan Searchkekal erat meskipun beliau menjayakan konsert tanpa kehadiran rakan seperjuangan.SIARAN MEDIAKonsert ini bukan sekadar persembahan biasa. Barisan pemuzik yang bakal mengiringi Datuk Amyadalah antara yang terbaik dalam industri, memastikan setiap lagu yang dipersembahkanmencapai standard tertinggi. Penonton bakal disajikan dengan perjalanan karier 

Datuk Amy sepanjang lebih empat dekad yang kaya dengan pelbagai lagu hits dan kenangan manis.Konsert ini turut mendapat sentuhan kreatif daripada Jennifer Thompson, seorang pengarahkonsert yang disegani di Malaysia.Menurut Jennifer, “Datuk Amy adalah ikon rock tanah air yang tidak memerlukan pengenalan.Konsert ini adalah peluang untuk kita meraikan kariernya yang luar biasa. Kami berjanji untukmenghadirkan pengalaman yang penuh emosi dan keajaiban buat peminat.”Tiket untuk konsert ini akan mula dijual pada 5 Februari 2025

 di www.wowtix.com.my . Hargatiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388(Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kamilah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) danRM788 (Cat 1- Rock Royalty).Amy dan pasukannya kini sedang giat membuat persediaan rapi bagi memastikan setiap aspekkonsert berjalan lancar. Dari segi pemilihan lagu hingga keperincian teknikal, setiap elemendiberikan perhatian untuk memberikan pengalaman yang sempurna kepada

 penonton.Sebagai seorang penyanyi yang telah mencipta banyak kejayaan bersama Search, konsert soloini menjadi platform untuk Datuk Amy mengimbau kenangan manis sambil mencipta memori baharu.Lagu-lagu seperti Isabella dan Fantasia Bulan Madu pasti akan berkumandang danmenghidupkan nostalgia.Melalui konsert ini, Datuk Amy turut berharap dapat memberi inspirasi kepada generasi baharupemuzik untuk terus memperjuangkan seni muzik tanah air. Semangat beliau untuk terusberkarya menjadi bukti bahawa usia bukan penghalang untuk mencapai impian