Penyanyi dan komposer tersohor, Faizal Tahir, kembali dengan album terbaru berjudul JatiDiri. Album ini merupakan hasil kerjasama dengan rakan penerbit muda yang sedangmeningkat naik iaitu Glowrush dan mereka bergerak sebagai duo ‘Let Zapin’. Lebih menarikapabila pelancaran album ini menampilkan konsep unik berasaskan kenduri kendara danrewang.Konsep ini dipilih bukan sekadar sebagai tema pelancaran, tetapi juga sebagai lambangbudaya dan nilai perpaduan yang ingin diketengahkan dalam karya terbaharu beliau.Menurut Faizal, konsep ini dipilih kerana ia sangat dekat di hatinya kerana ia melambangkansemangat gotong-royong, perpaduan, dan kebersamaan yang semakin pudar dalammasyarakat moden
.“Konsep ini menggambarkan bahawa perkara yang baik wajar dikongsi bersama. Apabilakita berkumpul untuk sesuatu yang positif, kita bukan sahaja memperoleh keberkatandaripada Allah, tetapi juga memperkukuhkan semangat kasih sayang antara satu sama lain,”katanya.Menurut Faizal, album Jati Diri bukan sekadar sebuah karya muzik, tetapi juga satuperingatan agar masyarakat tidak melupakan akar budaya dan identiti sendiri dalam arusglobalisasi.“Inspirasi utama saya adalah melihat betapa banyak jati diri kita yang semakin hilang. Sayamahu mengingatkan semua bahawa penting untuk kita memahami dan menghargai asalusul, budaya, dan agama kita agar kita tidak kehilangan arah,”
Tambah Faizal.Album ini turut menampilkan dua figura hebat mdalam industri muzik, Altimet dan Datuk M.Nasir, sebagai penyanyi undangan.Pemilihan mereka dibuat kerana pengaruh besar yang mereka miliki serta kebijaksanaandalam menyampaikan mesej bermakna melalui karya masing-masing.Dari segi susunan muzik dan lirik, Jati Diri berbeza daripada album-album Faizal sebelum inikerana ia lebih berakar kepada budaya dan warisan tempatan. Faizal menekankan bahawacabaran terbesar dalam proses rakaman adalah memastikan setiap elemen dalam album inisejajar dengan visi dan mesej yang ingin disampaikan.Lagu
‘Orang Kampung’ merupakan lagu pertama dari album ini yang akan dipromosikan dania adalah sebuah lagu yang ceria dan penuh semangat, meraikan keunikan serta nilai-nilaikehidupan di kampung. Dengan melodi yang rancak dan lirik yang menggambarkankeindahan budaya serta sikap mesra orang kampung, lagu ini membawa pendengar merasaikehangatan suasana desa.Ia bukan sekadar hiburan, tetapi juga satu penghormatan kepada nilai-nilai dan semangatkebersamaan yang masih kuat dalam masyarakat kampung. Sesuai untuk dinyanyikanbersama, Orang Kampung mengajak semua untuk menghargai asal-usul dan keindahanhidup sederhana yang penuh kebahagiaan.“Saya berusaha menyampaikan mesej melalui muzik yang kreatif dan kontemporari tanpamengorbankan nilai tradisional. Album ini menggabungkan elemen muzik tradisional dengansentuhan moden agar kekal relevan di hati peminat muda,” jelasnya.Video lirik ‘Orang Kampung’ sudah boleh ditonton di saluran YouTube Faizal Tahir danalbum Jati Diri boleh didengari di semua platform penstriman digital pada 7 Februari 2025dan dijangka membawa satu gelombang baharu dalam industri muzik tempatan denganmenampilkan gabungan identiti budaya, nilai tradisional, dan mesej penuh makna.