1 min read
FINAL CALPIS SODA ONE IN A MILLION ‘BERTABUR’
BINTANG, SERIUSLAH ADA NICHOLAS SAPUTRA?

Episod separuh akhir CSOIAM sekali lagi membuktikan mengapa ia menjadi fenomena luar biasa!Drama, kejutan, dan pertarungan vokal yang menggegarkan pentas Ahad lalu menjadikan separuhakhir ini paling mendebarkan! Lima peserta terbaik berentap habis-habisan demi merebut tempat kepentas akhir CSOIAM, Ahad, 9 Februari 2025. Lebih mengujakan, jumlah penonton dan undianmeningkat setiap minggu! Bukan itu sahaja, CSOIAM terus menjadi satu-satunya rancangan realitinyanyian yang berjaya trending di platform X selama tujuh minggu berturut-turut!Debaran malam final Calpis Soda One In A Million semakin terasa. Meski program realiti ini bertujuanmembantu dalam pembentukan penyanyi dengan pelbagai latar belakang, usia dan generasi namunlumrah sebuah rancangan hiburan pasti diselitkan dengan pelbagai elemen menarik untuk tontonanumum. Dan dengarnya pada malam final yang akan berlangsung pada 9 Februari 2025, 

Penontonbukan hanya menyaksikan persembahan terakhir Jimi, Zazzleen, Kai Deva serta Marygrace tetapidihadirkan dengan elemen kejutan yang cukup ‘mega’.Pihak penerbit meneruskan kecemerlangan membawa barisan artis papan atas untuk bersama pesertadi Calpis Soda One In A Million seperti sebelumnya. Dengar khabar bukan calang-calang selebritiyang diberi penghormatan pada malam final yang bertema Malam Paling Fizz. Calpis Soda One In AMillion menghadirkan Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, the one and only, Ratu RockNegara, Ella, Faizal Tahir dan aktor terkenal Indonesia, Nicholas Saputra. Seriuslah? Seriuslahempat nama gergasi ini akan menjadi nilai tambah pada malam final nanti?Jika ingin tahu adakah ini fakta atau auta, sentiasa ikuti rapat semua perkembangan mengenai CalpisSoda One In A Million yang diberikan menerusi pelbagai platform media sosial. Calpis Soda One In AMillion bersiaran secara langsung daripada Studio 1, Glenmarie, pukul 9.00 malam hingga 11.00malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau diaplikasi Tonton. 

Hadiah berupa kontrak bernilai RM1 juta ditawarkan kepada juara sulung Calpis SodaOne In A Million yang ditayangkan sebanyak lapan episod bermula 22 Disember 2024 berakhir 9Februari 2025.Jangan lepaskan peluang untuk mengundi finalis kegemaran anda dan jadikan mereka juara CSOIAM!Road to Finale kini semakin hampir, dan hanya anda yang boleh menentukan siapa pemenangnya!Cabaran kini semakin sengit! Siapakah yang bakal menjadi juara di Calpis Soda One In A Million?Undian penonton amat penting, kerana 40% keputusan ditentukan oleh anda, sementara 60% lagi ditangan juri profesional. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan hebat daripada finalisCSOIAM dan kejutan yang bakal menghangatkan lagi episod akhir Calpis Soda One In A Million,semua ini hanya di TV3. Pastikan anda terus mengundi peserta kegemaran anda untuk meraih hadiahbernilai RM 1 Juta!Saksikan Calpis Soda One In A Million secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, ataustrim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini keranaistimewa episod terakhir Calpis Soda One In A Million, 50 penonton bertuah bakal berpeluangmemenangi hadiah yang lumayan! Nantikan semua ini di episod Finale Calpis Soda One In AMillion!Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui CalpisSoda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam.Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untukterus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.