1 min read
‘Nafas’ Cherpen Menghembus Kepuasan di Hati Pendengar


herpen, kumpulan yang terus menempatkan nama dalam industri muzik tanah air kembalidengan single terbaru mereka bertajuk ‘Nafas’. Sebaik dilancarkan, lagu ini terusdisenaraikan dalam playlist utama ‘Pop Terkini’, ‘Made in Malaysia’ dan ‘Pop Balada’ dipelantar penstriman muzik popular, Spotify. Lagu ini membuai emosi pendengar dengangabungan lirik puitis dan melodi yang penuh keindahan.‘Nafas’ yang dihasilkan oleh Nemo Cherpen, Syahir Cherpen, Kimie Cherpen dan lirik olehNemo dan Syahir ini adalah sebuah karya yang menceritakan perjuangan seseorang dalammenghadapi liku-liku kehidupan sambal mencari kekuatan dan makna dalam setiaphembusan nafasLirik lagu ini yang ditulis dengan penuh kehalusan digandingkan dengan vokal

 menyentuhhati dan susunan muzik yang harmoni menjadikan ‘Nafas’ sebuah karya yang berupayameninggalkan kesan mendalam kepada pendengarnya.Lagu baru yang dibawakan band yang dianggotai empat ahli yang terdiri daripada NasrulhaqShahdan (Nemo-Vokalis); Muhammad Syahir Muhammad Johri (Syahir - Gitar); Nik AhmadShauqi Nik Iskandar Ariffin (Ekiey - Bass) dan Muhammad Hakimi Abdul Aziz (Kimie - Dram)ini sekali lagi dilihat mampu mengekalkan populariti mereka selepas lagu-lagu hit, “Kali Ini”(2016), “Pasti” (2017) dan “Lepaskan” (2022).Mewakili kumpulan Cherpen, 

vokalisnya, Nemo, menjelaskan bahawa single terbaru merekayang berjudul ‘Nafas’ adalah sebuah karya yang mencerminkan perjalanan kehidupan yangdihadapi oleh setiap individu.Nemo berkata, single ini juga menekankan betapa setiap orang mempunyai kisah hidupyang unik yang kadangkala penuh dengan liku-liku dan cabaran."Dalam lagu ini, kami berusaha untuk merangkum perasaan dan pengalaman yang ramaiorang mungkin rasakan dari sudut harapan, perjuangan dan keinginan untuk terus bangkitwalaupun dalam keadaan sukar."Kami berharap lagu ini dapat menjadi cahaya penunjuk arah dan sumber kekuatan kepadamereka yang sedang mencari inspirasi untuk terus melangkah ke hadapan walau apa juahalangan yang mereka hadapi,” 

katanya.Menurutnya, ‘Nafas’ adalah tentang memberi semangat kepada pendengar agar tidakpernah merasa terasing atau henti berusaha dalam mengejar impian mereka.“Lagu ini menjadi pengharapan dan penanda bahawa walau seberapa berat perjalanan yangdilalui, tiada yang mustahil selagi ada kemahuan dan usaha. Dengan harapan lagu ini dapatmengajak pendengar merenung kembali dan menemukan semula kekuatan dalam dirimereka. Kami bertekad untuk menyebarkan mesej positif melalui muzik kami,” katanya.Kumpulan Cherpen yang terdiri daripada gabungan bakat muda dan berpengalaman dikenalimelalui lagu-lagu mereka yang unik dan berkualiti tinggi. Dengan ‘Nafas’, mereka sekali lagimembuktikan komitmen mereka untuk menghasilkan karya yang menyentuh hatipendengar dan mampu berdiri setanding dengan karya muzik terbaik

 tanahair.Video muzik rasmi lagu ini, yang diarahkan oleh pengarah muda berbakat, turutmenampilkan visual sinematik yang melengkapi emosi mendalam dalam lirik dan melodilagu ini.Single “Nafas” terbitan Seventeen Eleven Music kini boleh distrim di semua pelantarpenstriman muzik dan video muzik rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Seventeen Eleven Music’ di pautan ini : https://youtu.be/jSzdZU__hLE?si=Et2SsH-XNFENwHl