Minggu ini menyaksikan para perserta akan membuat persembahan bersama Artis populer tanah air.
Berikut adalah senarai perserta serta artis yang akan membuat persembahan pada konsert ke - 6 di Calpis Soda One In A Million.
EYLIA GUNTABID & KHAI BAHAR
JIMI & AMIR MASDI
KAI DEVA & HAQIEM RUSLI
MARIAM & MARSHA MILAN
MARYGRACE & AISHA RETNO
ZAZLEEN & SHIHA ZIKIR
Enam minggu bersiaran dan fenomena Calpis Soda One In A Million (CSOIAM)terus memecah rekod! CSOIAM bukan sekadar program realiti, malah ia adalah fenomena yang menggegarkan industri hiburan tempatan.
Enam minggu penuh aksi, pentas CSOIAM menjadi medan pertempuran hebat bakat, diiringi sorakan penonton dan bualan hangat di semua platform social media!Dari persembahan luar biasa ke artis-artis jemputan kegemaran, kehadiran nama-nama besar juri jemputan, membuatkan semua tak senang duduk, menjadi buah mulut semua dan mendominasi skrin! Tak syak lagi, CSOIAM bukan sekadar rancangan, tapi satu fenomena yang mencipta trend baru dalam hiburan tempatan!
CSOIAM bukan sahaja di kaca televisyen anda, malah ia turut menguasai media sosial anda. Dengan jumlah jangkauan media sosial sepanjang lima minggu mencapai 10.6 billion, interaksi merentasi platform TV3Malaysia dan CalpisSodaOIAM telah mencetuskan perbualan di seluruh negara, menandakan betapa besar dan luasnya capaian kandungan CSOIAM di platform-platform utama.
Teruskan menyaksikan CSOIAM secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.