1 min read
Zazzleen akui keputusan untuk tidak bertudung merupakan kehendak diri sendiri



Zazzleen atau mesra disapa Zazz akui harus membuat keputusan sama ada mahu bertudung atau buka sepenuhnya demi meneruskan minatnya dalam nyanyian.Menurut Zazz, dia lebih selesa dengan imejnya yang sekarang."Kalau perasan, bila saya pakai selendang hanya di media sosial dan bersama keluarga. Bila saya menyanyi, saya akan pakai topi tanpa tudung.


"Keluarga juga tahu saya selesa sebegitu. Jadi bila datang keadaan di mana saya harus memilih pakai atau tidak, saya rasa inilah masanya. Sebab sebelum ini memang saya nak free hair.
Bagaimanapun, Zazz mendedahkan ahli keluarga tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat untuk ‘free hair’.
Zazzleen berkata demikian ketika ditemui pada sidang media CSOIAM minggu keempat yang berlangsung di Glenmarie, Shah Alam pada Ahad.


Dalam pada itu, Zazz memaklumkan bahawa dia memohon doa dan keberkatan daripada ibunya sebelum membuat keputusan.
"Saya terus call mak saya. Mak saya tak setuju. Dia suruh pakai topi. Sebab kalau boleh ahli keluarga memang nak selamatkan saya dari membuka tudung sepenuhnya.
"Tapi saya mohon untuk mak doakan yang terbaik buat saya."
Tegas Zazz, dia bertekad dengan keputusannya dan ingin menjadi diri sendiri.