1 min read
Rezza Shah dan Alya Mardien Tersingkir Di OIAM Minggu Ke - 4

Malam Ahad menyaksikan dua peserta OIAM, Rezza Shah dan Alya Mardien, terpaksa meninggalkan pentas apabila persembahan mereka melalui lagu *Kembali Merindu*, *Seragam Hitam*, *Bukan Lagi Kita*, dan *Jangan Mati Rasa Itu* gagal memikat hati juri.  
Juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, secara terang-terangan menyuarakan rasa kecewanya kerana pernah memberikan imuniti kepada Rezza di minggu pertama.  


"Terus terang, saya menyesal memberikan imuniti kepada anda. Peluang itu sepatutnya diberikan kepada peserta lain yang lebih layak," ujar Yusry.  


Beliau turut mengingatkan para peserta supaya menjaga disiplin. *"Walaupun suara anda bagus, disiplin itu amat penting,"* tambahnya lagi.  Sementara itu, Ziana Zain, yang turut menjadi juri tetap, juga meluahkan kekecewaan terhadap persembahan Rezza yang dianggap kurang bertenaga pada malam itu.