1 min read
SAH Entertainment Tampilkan Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks. Untuk Konsert Tahun Ini Di Malaysia Dan Singapore

SAH Entertainment terus mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik dengan menganjurkan tiga konsert mega yang menampilkan artis popular tanah air di bawah naungan Universal Music Malaysia: Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks. Konsert-konsert ini bukan sahaja mempamerkan kehebatan muzik tempatan, malah memperluaskan pengaruh industri hiburan Malaysia ke Singapura.


Sufi Rashid, penganjur utama bagi ketiga-tiga konsert, menyatakan bahawa usaha ini adalah langkah strategik untuk memberikan lebih banyak peluang kepada artis berbakat untuk menyerlah di pentas antarabangsa.


Jadual Konsert SAH Entertainment 2025 adalah seperti

 berikut:          31 Mei 2025: Ernie Zakri Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)          12 Julai 2025: Insomniacks Live in Kuala Lumpur (Zepp Kuala Lumpur)          30 Ogos 2025: DOLLA Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)          29 November 2025: Insomniacks Live in Singapore (Capitol Theatre, Singapura)
Pemilihan venue ikonik seperti Capitol Theatre di Singapura dan Zepp Kuala Lumpur memastikan setiap konsert menawarkan pengalaman muzik yang luar biasa dengan teknologi audio dan visual canggih.


Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, menyatakan bahawa kerjasama strategik dengan SAH Entertainment bertujuan mengembangkan bakat artis seperti Ernie Zakri, DOLLA, dan Insomniacks untuk mencapai peminat muzik serantau.
Ernie Zakri, yang baru sahaja mengadakan konsert solo ‘Aura: Ernie Zakri Live in Concert’ pada 25 Januari, menyatakan bahawa fokus utama sekarang adalah penjualan tiket dan berehat sebelum konsert di Singapura pada Mei depan.


Anggota DOLLA, Sabronzo, menyatakan keterujaan mereka untuk mengadakan konsert solo pertama di Singapura dan berjanji akan memberikan persembahan terbaik.
Insomniacks pula menyifatkan konsert yang bakal diadakan sebagai pencapaian besar dan berterima kasih kepada peminat yang telah menyokong mereka selama ini.
Peminat boleh mengikuti laman media sosial rasmi SAH Entertainment untuk mendapatkan maklumat terkini serta pembelian tiket.