1 min read
*SYAMEL CEDERA KETIKA BERMAIN FUTSAL, KONGSI NASIHAT BUAT PEMINAT*

Penyanyi terkenal Syamel, atau nama penuhnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 33, mengalami kecederaan retak tulang selangka selepas insiden ketika bermain futsal pada Sabtu lalu. Walaupun cedera, Syamel bersyukur kerana keadaan itu tidak serius sehingga menyebabkan tulangnya patah sepenuhnya.  
"Retak tulang selangka (collarbone fracture). Nasib tidak menyebelahi permainan futsal semalam. Tapi nasib baik stabil, tak patah dua," katanya menerusi perkongsian di Instastory pada petang Ahad.  


Dalam hantaran itu, Syamel turut mengingatkan peminat agar sentiasa berhati-hati ketika bersukan bagi mengelakkan kecederaan. Beliau juga menjadikan pengalaman ini sebagai pengajaran untuk dirinya sendiri.  
"Pesanan ini juga untuk diri saya sendiri yang aktif bermain futsal dengan rakan-rakan. Kita main sekadar keluarkan peluh, bukan bertanding di Olimpik," katanya.  


Penyanyi lagu *Di Sebalik Tabir* itu menekankan pentingnya menjaga keselamatan ketika bersukan, terutamanya bagi mereka yang bermain untuk hobi. "Jadi nasihat saya, berhati-hati dan utamakan keselamatan," tambahnya lagi.