1 min read
AJL 39: Hening Rindu Dinobatkan Sebagai Juara!

Axiata Arena Bukit Jalil, 11 Februari 2025 – Anugerah Juara Lagu ke-39 berlangsung meriah dengan lebih 7,000 penonton yang hadir di Axiara Arena Bukit Jalil menyaksikan pentas berprestij ini.
AJL 39 menampilkan 10 finalis yang berentap membuat persembahan yang memukau penonton yang di menyaksikan secara langsung dan di kaca tv yang disiarkan di tv3 dan di steam “Tonton”. AJL 39 membuka pentas dengan persembahan Shiha Zikir, Ara Johari, dan Loki, manakala persembahan penutup diserikan oleh Ejen Ali The Movie 2 yang dinyanyikan oleh Dato’ M Nasir serta UK’s & Sham Visa. AJL 39 juga di hos kan oleh Naz Rahman & Sissy Iman. 


Pencipta Hening Rindu, Wan Saleh menyifatkan kemenangan ini sebagai pencapaian besar dalam kariernya. “satu kegembiraan semasa bekarya. cita cita setiap pengkarya dan saya rasa sangat bersyukur. terima kasih keluarga dan penyokong yang menyokong”

BERIKUT ADALAH KEPUTUSAN PENUH AJL 39:
JUARA

HENING RINDU

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan SalehPenulis lirik: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh  Penyanyi: Marsha Milan  


NAIB JUARA

BUKAN LAGI KITA


Komposer: Omar K, Firdaus Rahmat & Iqie Hugh  Penyanyi: Nadeera Zaini  Penulisan Lirik: Omar K, Firdaus Rahmat & Iqie Hugh  Penyanyi: Nadeera Zaini  



TEMPAT KETIGA

SAKSAMA

Komposer: Akim Ahmad & Zimi  Penulis Lirik: Akim Ahmad & Zimi  Penyanyi: Akim & The Majistret  


VOKAL TERBAIK

AURA

Komposer: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus RahmatPenulis lirik: Ernie Zakri, John Jeeves & Firdaus RahmatPenyanyi: Ernie Zakri  


PERSEMBAHAN TERBAIK

PUAS SUDAH

Komposer: Aina Abdul Penulis lirik: Aina AbdulPenyanyi: Aina Abdul  


AJL 39 sekali lagi membuktikan keunggulan industri muzik Malaysia dengan bakat dan karya berkualiti tinggi dan juga muzik yang berkualiti. Tahniah kepada finalis yang menjayakan AJL ke-39 !